Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri 2009

Berlabuhnya tirai ramadhan bermakna akan tersingkaplah syawal... ramadhan berlalu begitu pantas dan aku berharap akan berjumpa lagi ramadhan pada tahun akan datang... InsyaAllah. Tahun ini syawal sedikit istimewa bagi keluarga kami kerana kami semua berpakaian sedondon, kaler biru.. sama kain lagi tu..Raya ni,mak cik aku yang kat perak aku panggil mak tam raya kat umah aku,riuh rendah lah umah aku, cuma keluarga mak ndak je yang tak datang semua, biase diorang beraya kat umah aku gak, tahun ni nak berya kat umah sendiri katanye, takpe lah, abang ijan pun tahun ni beraya kat umah mak mertua dia, tapi umah aku still penuh gak, keluarga aku ngan keluarga mak tam pun dah cukup tuk memeriahkan umah aku..mak pun dah ready masak lebih dari tahun lepas,coz tahun lepas tengah hari raya pertama semua lauk pauk dah abis, tahun ni masak lebih cikit, kitaorang biasa prepare awal-awal, biasa start masak kul 2, menjelang berbuka puasa di akhir ramadhan tu, dah leh makan lauk hari raya,hehehe, pagi last ramadhan tu, keluarga aku n maktam g ziarah kubur atuk, malam raya tu,adik beradik mak,anak-anak saudara berkumpul tuk wat majlis tahlil tuk atuk, di ketuai oleh pak tam, pastu kitaorang bertakbir..dah ciap takbir tu,semua makan makanan raya,coz dah siap pun semuanya.. dah macam ari raya lak..Allahuakbar..Allahuakbar..walillahilham..
Pagi Syawal menjelma di iringi takbir raya di radio, kami semua bersiap-siap memakai baju melayu dan bersampin bagi lelaki tuk ke masjid untuk solat sunat aidil fitri, keluarga aku semua biru dan kelaurga maktam semua hijau, cam BN ngan PAS lak.hehehe jangan mara ye... pas balik solat, kami semua berkumpul di ruang tamu untuk bersalam bermaaf-maafan tetapi yang paling ditunggu-tunggu adalah adik-adik aku n sepupu-sepupu aku yang masih bersekolah, salam berserta duit raya la.. pastu kita orang bergambar bersama-sama, lepas makan-makan semua g ikut marhaban blok dari umah ke umah dalam blok aku, tapi aku tak dapat ikut, coz selsema,tak digalakkan berada ditempat yang ramai orang, duduk je la kat umah berehat, makan,tdo n bagun makan semula,hehehehe sedor sedor dah pun malam, n raya pertama pun melabuhkan tirai dengan bermacam-macam ragam manusia...wassalam

Salam permulaan

Salam sejahtera kepada semua yang mengunjungi blog ini. Ini merupakan blog yang ke2 aku publish,yang dulu dah lupa,lama tak bukak..diharap blog ini akan lebih aktif dan aku pun rajin untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan ataupun peringatan untuk semua dan diriku sendiri..