Tuesday, December 15, 2009

u.m oh u.m....

10.12.2009 jam 10 pagi,kami berkumpul di negeri bagi mendengar amanat terakhir dari pengarah negeri sebelum kontigen kami berlepas ke u.m untuk sukan AADK selama 3 hari. Ini bermakna seksaan selama ini yang aku tanggung dalam menjalani latihan bola sepak juga berakhir,hehehe,syukur alhamdulillah..yang tinggal hanya keputusan setiap perlawanan di sana nanti...fighting spirit yang penting...kami sampai di u.m lebih kurang jam 2 petang kemudian check-in bilik n rehat,petang tu last training kat u.m sebelum berjuang dalam game esok. malam tu hanya taklimat tentang tentatif sepanjang 3 hari sukan dari Dr.sabri...pas taklimat semua balik bilik n tdo..
Menjelang esok.Team melaka merupakan 1st team main dalam group kami,nasib gak kitorang gerak awal,leh lak salah padang..hehehe,nasib lum terlewat.. tapi nasib tetap tak menyebelahi team kami,tewas ngan kelantan 1-0 n ngan ibu pejabat gak 1-0,petang tewas lagi ngan sarawak 2-0,takpelah,tahun depan cuba lagi,hehehehe keseluruhan kontigen melaka not bad lah,no 5 dari semua negeri di mlaysia yang masuk bertanding, tapi aku tak dapat stay sampai habis hari sukan coz kena balik melaka ada emergency kes, dahulukan mana yang lagi penting kan, hopr tahun depan or bila ada sukan lagi dapat la join lagi,ni yang kedua, tahun lepas tak dapat join coz kena kursus penguatkuasaan kat trolak...cyayok melaka..melaka boleh

Monday, November 2, 2009

Ingat2 lah....masamu yang akan tiba nanti

Baca perlahan2 sambil kita membayangkan keadaan kita ketika waktu itu..
ni adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedarakan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di manakita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
ALLAHUAKBAR.............

Monday, October 19, 2009

Penatnyee...

Skarang ni penat tol keje,projek wat wakaf tak siap-siap lagi, makin hitam aku dah ni, malam pun skarang dah tido awal,kul 10.30 dah ngantuk, minggu ni kena rushing ckit coz 22.10. ni nak kena g kursus lak.tapi best la kat langkawi, 5 hari, dapat gak release tension,hehehe sambil berkursus sambil berjalan, awal tahun nak g tak jadi, akhir dapat gak akhir tahun ni, free lagi lak tu...jimat-jimat...harap-harap dapat la berjalan-jalan ckit kat sana,tapi kalu jadual pack, alamat memang pergi berkursus je la...:-(

Wednesday, October 14, 2009

AIR SEMBAHYANG

AIR SEMBAHYANG
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'YaAllah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'. Penjelasan nombor
1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Tuesday, October 13, 2009

FAKTA MENGENAI PERCINTAAN

FAKTA MENGENAI PERCINTAAN

* Storge (Kawan Karib)

Berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ketenangan dan cinta yang penuh dengan kasih sayang. Cinta itu timbul dan berkembang secara perlahan-lahan daripada perhubungan karib yang lama. Selalunya, pasangan Storge mempunyai minat dan keinginan yang sama.
Mereka gemar berkongsi harapan secara terbuka dan tidak berupaya untuk bercinta tanpa mengenali pasangan mereka dengan lebih mendalam. Mereka juga jarang memaparkan kemesraan tetapi lebih logikal dan tenteram. Sifat yang jarang merajuk atau merasa cemburu. Perpisahan atau berjauhan tidak menimbulkan kerisauan. Jika mereka bercerai, mereka masih boleh berkawan.

* Agape (Pengorbanan)

Bermaksud altruistik. Individu ini mengambil berat mengenai pasangan mereka. Lazimnya mereka mesra dan berhati mulia. Cinta jenis ini juga tidak mengharap apa-apa balasan daripada orang yang dicintainya itu. Akan tetapi mereka yang memiliki cara cinta Agape mudah dipermainkan oleh orang yang dicintainya dan sekiranya mereka sedar penindasan berlaku, ia dianggap sebagai satu tindakan yang tidak disengajakan.

* Mania (Kepunyaan)

Sangat hebat dan obses. Kebanyakan individu yang memiliki cinta jenis ini sentiasa memikirkan mengenai pasangan mereka, memerlukan kasih sayang, perhatian, kepastian dan ketulusan yang berterusan daripada pasangan mereka.
Mereka juga suka mengawal dan mengongkong pasangannya, cemburu buta, sentiasa perlukan kepastian cinta, mencurigai kejujuran serta keutuhan cinta, bimbang penolakan dan kehilangan cinta serta sentiasa peka terhadap sebarang tanda kekurangan cinta. Selain itu mereka sentiasa menagihkan janji daripada pasangan mereka yang menyebabkan mereka terumbang-ambing di antara keghairahan dan kekecewaan.
* Pragma (Logikal)
Bermakna praktikal dan realistik. Cinta jenis ini dicirikan sebagai logik dan munasabah. Individu itu lebih mengutamakan praktikaliti daripada hubungan cinta.. Mereka lebih memerhatikan keuntungan peribadi dalam perhubungan.
Ini dicapai dengan mengadakan senarai sifat yang diperlukan daripada objek cinta dan mengikut taraf serta kemampuan peribadi individu berkenaan
* Ludus (Permainan)
Cinta permainan yang sering dicirikan dengan kepentingan diri sendiri. Individu yang memiliki cinta itu menganggap cinta sebagai satu permainan dan pertandingan yang harus dimenangi. Ia membabitkan cinta yang tiada komitmen, kurang kemesraan, berahsia, tiada rancangan jangka masa panjang dalam perhubungan dan suka kepada perhubungan yang mendadak serta tidak teratur. Selain itu, mereka selalunya suka mempermainkan perasaan pasangan dengan mempunyai lebih dari seorang individu yang dicintai

LELAKI MALAYSIA TIDAK ROMANTIK


Lelaki Malaysia tidak romantik?

Setiap wanita sering kali mengidamkan pasangan berjiwa romantik yang kononnya dapat membahagiakan mereka. Tetapi adakah semua lelaki tergolong dalam kategori itu? Satu kajian antarabangsa yang dijalankan beberapa tahun lalu mendapati lelaki Asia tidak romantik dan sukar menunjukkan sifat penyayang kepada pasangannya.
Pendapat umum secara rambang mengatakan kebanyakan lelaki hanya bersikap romantik ketika di awal percintaan tetapi berubah selepas mendirikan rumah tangga. Namun ada yang tidak sedar, kadang kala sifat itu adalah semula jadi dan biasanya dilakukan secara spontan dan bukan dirancang
Kebanyakan lelaki pula tidak menafikan sifat romantik mereka akan membuatkan pasangannya bahagia dan wanita terasa lebih disayangi, tetapi tidak kurang juga yang berpendapat sifat itu ada kala merimaskan. Bagi lelaki, sifat romantik hanya boleh dilakukan pada waktu tertentu, mengikut keadaan dan tempat sesuai serta hari sambutan yang diraikan pasangan masing-masing.
Malangnya ada wanita tidak memahami perasaan lelaki yang kebanyakannya sukar menunjukkan sifat romantis dan timbul perkara negatif seperti pergaduhan, krisis, menjalinkan hubungan dengan orang lain dan sebagainya.
Bagi wanita pula hari paling istimewa adalah seperti sambutan hari lahir, ulang tahun perkenalan dan hari kekasih. Mereka selalunya menanti sesuatu yang boleh menjadi kejutan daripada suami atau teman lelaki seperti hadiah, bunga, coklat dan sebagainya
Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Suzana Mohd Hoesni, berkata dari sudut psikologi, terdapat banyak teori yang menerangkan mengenai cinta romantik.
Teori itu yang menggunakan pendekatan intimasi pelbagai dimensi dikenali sebagai Teori Tipologi Cinta yang mana setiap individu lelaki mahupun wanita, dikategorikan kepada enam cara gaya cinta. Cinta itu adalah Storge (Kawan Karib), Agape (Pengorbanan) , Mania (Kepunyaan), Pragma (Logikal), Ludus (Permainan) dan Eros (Romantis).
“Cinta romantis diklasifikasikan sebagai cinta utama yang ada daya tarikan fizikal. Individu yang mempunyai cinta Eros juga obses dengan pasangannya. Mereka selalu menginginkan perpaduan dalam perhubungan cinta termasuk minat dan identiti. Perhubungan cinta Eros itu juga penuh dengan keindahan dan kemesraan yang ditunjuk sepenuhnya dengan membabitkan perasaan menyeluruh, mantap dan termaktub.
“Antara lain, individu berkenaan juga mahukan pasangan menikmati kegemilangan cinta dengan mengingati semua peristiwa dan aktiviti yang dilakukan, memberi hadiah dan mempamerkan kemesraan kepada pasangannya,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.
Hasil kajian terdahulu mendapati bahawa gaya cinta yang cenderung dimiliki wanita adalah Storge, Pragma dan Agape, manakala jenis cinta yang sering dimiliki lelaki adalah Ludus yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berada dalam lingkungan akhir remaja sehingga dewasa awal.
Suzana berkata, satu kajian dijalankan untuk memahami mengenai kewujudan cinta di kalangan pasangan berkahwin mendapati gaya cinta yang cenderung dimiliki mereka mempunyai kepuasan perkahwinan tinggi terdiri daripada golongan Storge dan Eros, manakala mereka yang mempunyai kepuasan perkahwinan yang rendah berkait rapat dengan gaya cinta Ludus.
Bagi seorang pekerja sebuah syarikat permotoran, Mohd Syaiful Zainol, 23, yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang, berpendapat romantik adalah sesuatu yang subjektif. Sifat ini bukan ada pada semua lelaki tetapi ia datang dari hati seorang yang mahu memberikan kasih kepada insan tercinta.
“Romantik itu bukan sekadar memberi patung beruang (teddy bear), kad yang penuh dengan kata cinta, bunga pada hari teristimewa, berpegangan tangan ketika berjalan bersama dan makan dengan bercahayakan lilin di hotel mewah atau restoran. Tetapi lebih romantik sekiranya lelaki itu membelai kekasihnya, mengesat air mata ketika dia dalam keadaan sedih serta memberi kata-kata yang romantis mengikut waktu yang bersesuaian.
“Romantis tidak boleh dibuat-buat atau berlakon kerana itu seperti tidak ikhlas, bagaimanapun romantis datang dari hati dan naluri yang inginkan wanita itu mengingati ketika saat genting seperti pergaduhan dan sebagainya. Sifat romantik perlu dihargai oleh wanita kerana ia adalah masa yang sukar dikecapi oleh mereka,” katanya.
Ada lelaki yang secara zahirnya dilahirkan dengan sikap yang sangat diidamkan setiap wanita. Selalunya lelaki seperti itu, akan melayan kerenah wanita tanpa mengeluarkan perkataan yang menyinggung. Mereka juga menghargai seorang wanita seperti 'menatang minyak yang penuh serta tidak akan membiarkannya tumpah walaupun setitik'.
Lelaki seperti itu sering melayan kekasih dengan lembut di mana cara itu, akan membuatkan wanita yang mendampinginya berasa seperti dimanjakan dan selamat. Bagaimanapun, awas lelaki seperti itu, bukan semuanya boleh dipercayai. Mereka juga ada kala akan mengambil kesempatan tanpa disedari.

Saturday, October 3, 2009

Kehilangan

Pagi raya kedua menjelmakan wajahnya, pagi tu family mak tam bersiap-siap tuk balik ke perak, semuanya telah menaiki kenderaan,bila-bila masa akan bergerak,tiba-tiba mak tam keluar dari tempat duduk penumpang di hadapan sambil bercakap mengunakan handphone, dia pas hand phone pada mak aku.. kami bertanya-tanya....Innalillah..satu pemergian yang mutlak dan tidak akan kembali lagi bersama-sama kami selepas ini..panggilan telefon yang membawa perkhabaran duka buat kami semua,Pak Ngah pergi menemui ilahi...
Mak Tam batalkan tuk balik ke perak,aku,mak,maktam,pak tam dan ayin bergegas siap tuk ke hospital Sultan Ismail. Singgah diperjalanan tuk amik mak ndak. Dalam perjalanan, semua didalam kereta menghubungi sanak saudara untuk memberi tahu perkhabaran menyedihkan itu. Sampai di hospital,kami terus menuju ke wad tempat jenazah pak ngah. masih diatas katil.. kaku...doktor memberitahu sebab kematian adalah kerana darah tinggi. pembuluh darah di otak telah pecah kerana tekanan yang terlampau tinggi. ape pun sebabnya,ini adalah takdir dari ilahi, yang telah menentukan hanya sampai disini perjalan hidupnya. aku dan ayin menguruskan ape yang perlu kerana jenazah akan dibawa ke bilik mayat. Ahli keluarga pak ngah telah sampai bila jenazah telahpun ke bilik mayat menunggu untuk dimandikan,di solatkan kemudian di bawa untuk disemadikan..air mata dari insan-insan yang menyayagi diri mu tidak tertahan lagi, walaupun berat untuk menanggung tetapi tetap pasrah dengan ketentuan yang Maha Esa, telah tersurat yang hidup pasti akan mati,..pergi menemui tuhan sekalian alam,mengadap ilahi..
ahli keluarga pak ngah pasti paling merasa kehilangan ini, aku telahpun merasa kehilangan seperti ini satu masa dahulu, kita yang hidup tetap kena kuat untuk menghadapi kenyataan..
semua yang berlaku pasti ada hikmahnya walaupun perit untuk menerima, tuhan tidak jadikan sesuatu tanpa ada natijahnya, terpulang pada kita untuk berfikir secara posif untuk menerimanya.. kepada keluarga pak ngah aku, aku mengucap kan takziah dan aku berharap hubungan kekeluargaan antara kita tetap tidak terputus selepas ini, kepada anak-anak pak ngah,aku harap korang semua belajar bersungguh-sungguh hingga dapat menggembirakan hati emak korang dan dapat membela nasib keluarga korang. penuhi impian arwah ayah untuk melihat anak-anaknya berjaya..amin..

Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri 2009

Berlabuhnya tirai ramadhan bermakna akan tersingkaplah syawal... ramadhan berlalu begitu pantas dan aku berharap akan berjumpa lagi ramadhan pada tahun akan datang... InsyaAllah. Tahun ini syawal sedikit istimewa bagi keluarga kami kerana kami semua berpakaian sedondon, kaler biru.. sama kain lagi tu..Raya ni,mak cik aku yang kat perak aku panggil mak tam raya kat umah aku,riuh rendah lah umah aku, cuma keluarga mak ndak je yang tak datang semua, biase diorang beraya kat umah aku gak, tahun ni nak berya kat umah sendiri katanye, takpe lah, abang ijan pun tahun ni beraya kat umah mak mertua dia, tapi umah aku still penuh gak, keluarga aku ngan keluarga mak tam pun dah cukup tuk memeriahkan umah aku..mak pun dah ready masak lebih dari tahun lepas,coz tahun lepas tengah hari raya pertama semua lauk pauk dah abis, tahun ni masak lebih cikit, kitaorang biasa prepare awal-awal, biasa start masak kul 2, menjelang berbuka puasa di akhir ramadhan tu, dah leh makan lauk hari raya,hehehe, pagi last ramadhan tu, keluarga aku n maktam g ziarah kubur atuk, malam raya tu,adik beradik mak,anak-anak saudara berkumpul tuk wat majlis tahlil tuk atuk, di ketuai oleh pak tam, pastu kitaorang bertakbir..dah ciap takbir tu,semua makan makanan raya,coz dah siap pun semuanya.. dah macam ari raya lak..Allahuakbar..Allahuakbar..walillahilham..
Pagi Syawal menjelma di iringi takbir raya di radio, kami semua bersiap-siap memakai baju melayu dan bersampin bagi lelaki tuk ke masjid untuk solat sunat aidil fitri, keluarga aku semua biru dan kelaurga maktam semua hijau, cam BN ngan PAS lak.hehehe jangan mara ye... pas balik solat, kami semua berkumpul di ruang tamu untuk bersalam bermaaf-maafan tetapi yang paling ditunggu-tunggu adalah adik-adik aku n sepupu-sepupu aku yang masih bersekolah, salam berserta duit raya la.. pastu kita orang bergambar bersama-sama, lepas makan-makan semua g ikut marhaban blok dari umah ke umah dalam blok aku, tapi aku tak dapat ikut, coz selsema,tak digalakkan berada ditempat yang ramai orang, duduk je la kat umah berehat, makan,tdo n bagun makan semula,hehehehe sedor sedor dah pun malam, n raya pertama pun melabuhkan tirai dengan bermacam-macam ragam manusia...wassalam

Salam permulaan

Salam sejahtera kepada semua yang mengunjungi blog ini. Ini merupakan blog yang ke2 aku publish,yang dulu dah lupa,lama tak bukak..diharap blog ini akan lebih aktif dan aku pun rajin untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan ataupun peringatan untuk semua dan diriku sendiri..