Saturday, October 3, 2009

Kehilangan

Pagi raya kedua menjelmakan wajahnya, pagi tu family mak tam bersiap-siap tuk balik ke perak, semuanya telah menaiki kenderaan,bila-bila masa akan bergerak,tiba-tiba mak tam keluar dari tempat duduk penumpang di hadapan sambil bercakap mengunakan handphone, dia pas hand phone pada mak aku.. kami bertanya-tanya....Innalillah..satu pemergian yang mutlak dan tidak akan kembali lagi bersama-sama kami selepas ini..panggilan telefon yang membawa perkhabaran duka buat kami semua,Pak Ngah pergi menemui ilahi...
Mak Tam batalkan tuk balik ke perak,aku,mak,maktam,pak tam dan ayin bergegas siap tuk ke hospital Sultan Ismail. Singgah diperjalanan tuk amik mak ndak. Dalam perjalanan, semua didalam kereta menghubungi sanak saudara untuk memberi tahu perkhabaran menyedihkan itu. Sampai di hospital,kami terus menuju ke wad tempat jenazah pak ngah. masih diatas katil.. kaku...doktor memberitahu sebab kematian adalah kerana darah tinggi. pembuluh darah di otak telah pecah kerana tekanan yang terlampau tinggi. ape pun sebabnya,ini adalah takdir dari ilahi, yang telah menentukan hanya sampai disini perjalan hidupnya. aku dan ayin menguruskan ape yang perlu kerana jenazah akan dibawa ke bilik mayat. Ahli keluarga pak ngah telah sampai bila jenazah telahpun ke bilik mayat menunggu untuk dimandikan,di solatkan kemudian di bawa untuk disemadikan..air mata dari insan-insan yang menyayagi diri mu tidak tertahan lagi, walaupun berat untuk menanggung tetapi tetap pasrah dengan ketentuan yang Maha Esa, telah tersurat yang hidup pasti akan mati,..pergi menemui tuhan sekalian alam,mengadap ilahi..
ahli keluarga pak ngah pasti paling merasa kehilangan ini, aku telahpun merasa kehilangan seperti ini satu masa dahulu, kita yang hidup tetap kena kuat untuk menghadapi kenyataan..
semua yang berlaku pasti ada hikmahnya walaupun perit untuk menerima, tuhan tidak jadikan sesuatu tanpa ada natijahnya, terpulang pada kita untuk berfikir secara posif untuk menerimanya.. kepada keluarga pak ngah aku, aku mengucap kan takziah dan aku berharap hubungan kekeluargaan antara kita tetap tidak terputus selepas ini, kepada anak-anak pak ngah,aku harap korang semua belajar bersungguh-sungguh hingga dapat menggembirakan hati emak korang dan dapat membela nasib keluarga korang. penuhi impian arwah ayah untuk melihat anak-anaknya berjaya..amin..

No comments:

Post a Comment